Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

31 October 2017

Philea Mines Beach Resort Hotel Dengan Pantai Dalam Bandar

Philea Mines Beach Resort yang juga dikenali sebagai hotel yang mempunyai pantai di dalam bandar terletak di Mines Resort City, Seri Kembangan.

Philea Mines Beach Resort 



Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti percutian hujung minggu, perkahwinan dalam taman, barbeque dan team building.

Terdapat 174 buah bilik dimana sebanyak 126 buah bilik menghadap ke tasik dan pantai yang cantik manakala 48 unit lagi ialah chalet yang menghadap lagun.




Bilik yang terdapat di sini ialah:
- Standard room
- Superior room
- Royal Suite
- Deluxe room
- Lake View Suite
- Lake View Chalet

Terdapat 3 jenis restoran disini, iaitu:
• Abdul & Charlie’s
• Cheng Ho Court
• Sunset Lounge

Semasa menginap di sini, Qiss berkesempatan menaiki Minangkabau Dining Cruise di mana ianya sebuah bot tradisional yang sangat ideal untuk mengadakan majlis makan tengah hari perkahwinan, mesyuarat dan bersiar bersama keluarga. Maksimum kapasiti bot boleh memuatkan sehingga 35 orang dan terdapat fasiliti seperti karaoke. Seronok dapat menaiki bot ini sambil melihat pemandangan tasik.


Maklumat lanjut untuk cruise:
Waktu operasi : Setiap hari 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam
Waktu perjalanan cruise: 90 minit

Wawa Splash Tour
Bas atau Bot? Atau keduanya? Jom naik bas yang boleh bertukar menjadi bot dan bergerak di dalam air. Bas ini boleh memuatkan sehingga 48 orang penumpang dan penumpang akan dibawa melawat mengelilingi tasik selama 30minit. Harga tiket bagi Dewasa: RM38.00 dan kanak-kanak berumur 3-11 tahun berharga RM28.00.

No. Telefon: 03-8945 8808/ 8942 1818 (9.00 pagi – 6.00 petang) 8945 8860 (11.00 pagi – 10.00 malam)

Laman web: www.minescruise.com

Aktiviti selepas menaiki bot Minangkabau tersebut ialah sesi mengukir buah dan membuat kuih popia basah. Bertungkus lumus para peserta menyiapkan masakan sebab ada penilaian tau.





Lagi satu ilmu Qiss dapat daripada demonstrasi dari chef Restoran Terapung Philea Mines Beach Resort ialah membalut Kuih Ketayap. Bila dah pandai balut. Bangga jugak sekejap.




Sepanjang berada di sini, Qiss dapat menjamu selera untuk sarapan pagi dan makan malam istimewa yang ditaja khas oleh Philea Mines Beach Resort untuk peserta Eat Travel Write 6.  Makanan yang dihidangkan di sini sangat sedap.

   
Terima kasih kepada Philea Mines Beach Resort dan kakitangan yang sangat mesra dan tak lokek senyuman.  Percutian anda pasti menjadi kenangan terindah ketika berada di sini.

2 comments:

  1. bestnya !!! hee~ tak de la mahal sangat.. baru lepas tengok kat Traveloka.. kaki dah gatal ni.. anak2 nak cuti sekolah ni..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow :)

    Jemput join GA sy

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com